Laman Utama

Laman Utama
catatan

Rabu, 12 Januari 2011

taubat seorang penzina...

SOALAN: Salam, saya pernah
terlanjur dengan boyfriend tapi itu
bukan atas kerelaan saya. Saya
dipaksa melakukannya. Dalam
hati, tidak sedikit pun terlintas
perasaan itu. Saya menolak tapi
dia tetap memaksa. Sekarang saya
ingin tahu adakah Allah akan
menerima taubat saya setelah saya
terlanjur? Saya berasa sangat
sedih, jijik dengan diri dan hidup
saya sudah tidak tenteram. Hati
saya selalu tidak tenang. Saya
merasakan Allah tidak akan
menerima taubat saya. Tolonglah
bantu saya.
JAWAPAN
Pertamanya, saya ucapkan syabas
kerana saudari masih mempunyai
iman dan punyai ilmu tentang
haramnya tindakan itu, kerana
itulah timbul perasaan takut, kesal,
tidak tenang dan takut. Sekiranya
perasaan itu makin menghilang, ia
tanda iman juga semakin meluntur
dengan sangat teruknya.Ia
bertepatan dengan Hadith Nabi
SAW :
من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ
وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك
الْمُؤْمِنُ
Ertinya "Sesiapa yang merasa
gembira apabila ia melakukan
amal baik dan merasa buruk
dengan perlakuan dosanya, itulah
ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-
Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi :
Hasan Sohih ; Al-Haithami :
perawinya sohih , rujuk Majma Az-
Zawaid, 1/86 )
Apa yang perlu dilakukan kini
adalah meneruskan taubat. Taubat
sebenar yang akan diterima Allah
adalah dimulai dengan rasa
penyesalan amat sangat dan
diturut dengan beberapa amalan
di bawah.
Antara package dalam taubat di
dalam Islam adalah seperti
berikut :-
1) Bertaubat dengan sungguh-
sungguh.
Kesal dan menangisi dosa yang
dilakukan dengan azam untuk
TIDAK mengulanginya.
2) Tidak berjumpa teman lelaki
atau 'dating' berdua-duaan
dengannya.
Jika jumpa sekalipun, perlu diajak
ahli kelurga yang tegas dalam soal
hukum Islam bersama ( Jika tidak
tegas, ia sama seperti tiada). Jika
tiada abang, hanya berjumpa di
rumah saudari dengan kehadiran
ibu bapa (yang juga dari kalangan
yang prihatin dan mesti mereka
sentiasa bersama). Jika tidak
mampu juga,Maaf !. Saudari tiada
pilihan lain kecuali mesti mencari
jalan untuk mampu
melakukannya.
Jika tidak, saudari pasti akan terus
mengulangi zina pada satu hari
nanti. Selepas itu, segala pintu
iman akan semakin tertutup rapat
buat saudari, peluang menjadi
celaka dan melahirkan zuriat yang
celaka juga semakin membesar.
Awas!
Syahwat seksual dan zina adalah
sama seperti dadah dan kegilaan
harta material, ia boleh membawa
seseorang menjadi mabuk dan
lupa segala-galanya. Sebagaimana
hadis yang telah saya bawakan
dahulu iaitu :-
لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من
مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا
يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا
التُّرَابُ
Ertinya : Sekiranya anak Adam itu
punyai dua lembah dipenuhi emas,
nescaya sudah tentu mereka akan
inginkan yang ketiga, dan tidak
disumbatkan ke dalam perutnya
kecuali tanah (mati)( Riwayat al-
Bukhari , 5/2364 )
Demikian juga perihalnya dengan
nafsu syahwat seksual. Ia
merupakan satu penyakit dalaman
yang serius serta amat sukar
dirawati. Ia sama sekali tidak boleh
dipuaskan jika tidak dikawal
dengan iman.
3) Mencari rakan wanita yang
solehah di sekitar saudari.
Ini adalah satu tindakan yang baik,
kerana dalam keadaan demikian,
saudari memerlukan kaunseling
berterusan dan kerap. Ia tidak
akan diperolehi jika saudari
berkawan dengan rakan yang
seperti tingkah laku saudari
sekarang. Jika susah untuk
mendapatinya, sertailah kumpulan
dan NGO yang mengumpulkan
wanita-wanta baik dan
berprogram bersama mereka
seperti. Antara contohnya, sertai
NISA' (http://www.webnisa.net/
v2/), ABIM, JIM, ISMA dan lain-
lainnya.
Ia adalah saranan Nabi s.a.w :-
إنما مثل الجليس الصالح
والجليس السوء كحامل المسك
ونافخ الكير فحامل المسك إما أن
يحذيك وإما أن تبتاع منه وإما أن
تجد منه ريحا طيبة ونافخ
الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أن
تجد ريحا خبيثة
Ertinya : Sesungguhnya
perumpaan rakan yang baik dan
yang jahat itu, ibarat rakan
pembawa minyak wangian dan
tukang besi peniup api; adapun
rakan seperti pembawa wangian,
ia (mmembawa kesan kebaikan)
iaitu samada ia akan
menghadiahkanmu wangian, atau
kamu membeli darinya ataupun
kamu akan dapat bauan wanginya
juga. Adapun rakan seperti tukang
besi penyala api, samada ia akan
membakar bajumu atau akan
mendapati bauannya (peluh) yang
tidak enak" ( Riwayat Muslim, no
4762 )
Hasilnya, wajiblah mencari rakan
yang baik. Termasuk mencari
teman lelaki yang baik. Antara
tanda lelaki itu baik adalah dia
TIDAK AKAN PERNAH
MEMBICARAKAN SOAL SEKS
ATAU YANG MENAIKKAN SYAWAT
denganmu sama ada melalui sms,
telefon atau berdepan,
SELAGIMANA DIA belum bernikah
denganmu. Mana-mana lelaki
yang membicarakannya atau
meminta sebelum bernikah adalah
lelaki jahat dan tidak layak
dijadikan suami atau itulah bakal
suami penzina, kecuali apabila
mereka juga bertaubat.
4) Berkenaan ayat dan surah
tertentu.
Ada yang bertanya ayat tertentu
untuk bacaan harian agar terjauh
dari zina. Hakikatnya dalam Islam,
sekadar mengalakan ayat tertentu
tanpa menghayati ertinya, masih
belum mampu menjamin terjauh
dari zina dan membawa kesan dan
perubahan ke arah yang lebih
baik.
Pun begitu, jika masih ingin
amalkan ayat tertentu, baca dan
fahamilah ayat berkenaan dosa
zina banyak-banyak, moga ia
dapat menghindarkan diri darinya.
ayatnya :-
ُةَيِناَّزلا وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا
كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ
جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا
رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن
كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ
عَذَابَهُمَا ٌةَفِئاَط َنِّم
َنيِنِمْؤُمْلا
Ertinya : "Perempuan yang berzina
dan laki-laki yang berzina, maka
sebatlah tiap-tiap seorang dari
keduanya seratus kali sebatan, dan
janganlah belas kasihan kepada
keduanya mencegah kamu untuk
(menjalankan) agama Allah, jika
kamu beriman kepada Allah, dan
hari akhirat, dan hendaklah
(pelaksanaan) hukuman mereka
disaksikan oleh sekumpulan dari
orang-orang yang
beriman" ( Surah An-Nur : 2)
5) Memperbaiki solat dan
memperbanyakkan amalan.
Saudari mengatakan saudari solat
tetapi masih gagal mengawal
nafsu, Ini bererti solat saudari
perlu diperbaiki kerana solat
merupakan antibodi terkuat dalam
Islam untuk mengawal nafsu.
Allah swt mengarahkan mereka
yang bertauat untuk mengriigi
dosanya dengan
memperbanyakkan amalan soleh,
dengan harapan rahmat dan belas
Allah akan melebihi murkanya.
KESIMPULAN
Saudari menyatakan saudari 'tidak
rela' , ada dua perkara di sini :-
Pertama : kerelaan untuk berzina
tu bukan semestinya dalam bentuk
kita setuju semasa kejadian tu
sahaja, tetapi berdua-duaan dan
berada dalam keadaan yang
membolehkan zina itu berlaku itu
sendiri adalah TANDA KERELAAN
SEBENARNYA. Kiranya saudari
tidak keluar atau berdua-duaan
dengannya, pasti dia pun TIDAK
boleh memaksa.
Maka puncanya tetap dari
kesalahan saudari juga. Justeru,
putuskan hubungan dengannya
sama sekali dan jangan ulangi
keluar dgn lelaki asing berdua-
duaan, khususnya di tempat yang
membolehkan berlakunya zina
atau rogol.
Janganlah beralasan bahawa
'terlalu cintakannya' , 'terlalu
sayangkan dia' sehingga tidak
mampu untuk berenggang dan
putus darinya. Semua itu hanyalah
nafsu dan bukan cinta dan sayang
yang suci, ia sebanrnya 'ibarat
cinta dan sayang seorang penagih
dadah kepada dadah' sehingga
sukar berpisah darinya. Memang
sukar, namun perlukan azam kuat
dan menempuh tembok syaitan
dan nafsu yang besar.
Kedua : Dari sudut undang-
undang dunia pula, jika itu berlaku
saudari sudah dikira dirogol.
Tatkala wajiblah saudari
melaporkan kepada polis dan
bukan hanya bertanya kepada
mana-mana ustaz sahaja tanpa
tindakan undang-undang.
Tindakan membiarkan ia berlalu
tanpa laporan adalah antara
seburuk-buruk perlakuan
seseorang mangsa rogol,
walaupun mungkin dia sedang
menderita, trauma, malu , sedih
dan sebagainya, namun perlu ada
ahli keluarga membantu untuk
memastikan laporan dibuat.
Laporan itu perlu bagi menyekat si
'jantan' meneruskan aktiviti
dosanya.
Akhir sekali, sentiasalah bersangka
baik Allah akan menerima taubat
setelah kita berusaha bersungguh-
sungguh membuktikan penyesalan
kita. Allah ada menyebut bahawa
Allah bersama sangkaan
hambaNya. Jika kita yakin Allah
meneirmanya, maka Allah dengan
sifat maha pengampunNya akan
mengampun hambanya yang
benar-benar ikhlas dan
bersungguh. Semoga berjaya
mendapat keampunannya.
Sekian

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya menghadapi masalah sama..tapi..kami sama kelas..macam mana saya nak selesaikan masalah ini...dah banyak kali saya minta putus...tapi..dia tidak akan melepaskan saya...saya dah putus asa untuk hidup..saya takut azab Allah..saya rasa bersalah sangat dengan parents saya ..bantulah saya...terima kasih..saya dah buntu...

Tanpa Nama berkata...

Jgn putus asa. Putuskan terus perhubungan. Tawakkal pada Allah..minta ampun..Allah Maha Pengampun..kesilapan yg lepas simpan dan jgn ungkit lagi..sebab Allah dah tutup. Saya yakin saudari boleh melakukannya.